KOTA TINGGI: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan menggunakan teknologi yang dibangunkan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) bagi mengenal pasti lokaliti cenderung dilanda banjir sekali gus dapat membuat persiapan awal untuk berdepan dengan bencana itu.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba berkata menerusi teknologi itu MYSA akan menggunakan satelit untuk pencerapan data melalui kaedah radar dan optik di lokasi yang pernah berlaku banjir mengikut pengalaman 10 tahun.
Beliau berkata teknologi berkenaan dijadual untuk dibentangkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di MRANTI Park di Kuala Lumpur, Khamis ini.
"MOSTI melalui MYSA sudah ada data lokasi yang dilanda banjir sebelum ini. Jadi dengan adanya ukuran hujan dan kerjasama Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) kita akan maklumkan kepada kerajaan potensi berlaku banjir sekiranya monsun ini datang, supaya dapat dibuat persediaan lebih awal.
"Teknologi ini akan dibentangkan kepada Perdana Menteri untuk pandangan beliau supaya boleh digunakan, diadaptasi dan diterima oleh semua kementerian dan pelbagai agensi berkaitan secara holistik," katanya pada sidang media selepas melancarkan Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI) dan Program Jualan Murah Keluarga Malaysia (JMKM) Peringkat Parlimen Tenggara di Bandar Tenggara di sini hari ini.
Turut hadir Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor Mohd Hairul Anuar Bohro.
Dr Adham berkata pihaknya turut akan mencadangkan penggunaan teknologi dron untuk membantu mengesan mangsa terputus hubungan di lokaliti terpencil akibat gangguan bekalan elektrik sekiranya berlaku banjir supaya memudahkan urusan pemindahan mangsa.
"Apabila ada teknologi dan persiapan sebegini ia dapat membantu negara mengenal pasti apakah bentuk pertolonagn dan bantuan yang boleh disalurkan sebelum bencana berlaku. MOSTI juga sudah berbincang dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengenai Pusat Pemindahan Sementara bagi mengelak berlaku masalah jauh, kesesakan dan sebagainya," katanya.
Ahli Parlimen Tenggara itu berkata demikian ketika mengulas mengenai persediaan MOSTI menghadapi Fasa Peralihan Monsun di negara ini yang dijangka bermula esok (3 Okt) hingga November ini.
Berhubung program ReDI, Dr Adham berkata ia merupakan langkah proaktif dan menjadi cara baharu masyarakat luar bandar menggunakan inisiatif tanpa tunai untuk membeli barangan harian.
"Dengan adanya ReDI kita dapat maklum akan tingkah laku masyarakat sebelum dan selepas pandemik dalam penggunaan adaptasi pendigitalan yang dilihat semakin meningkat. Ini sekali gus akan menambahkan lagi minat kecenderungan masyarakat dalam pendigitalan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 02 2022
Adham berkata, MYSA menggunakan satelit untuk pencerapan data melalui kaedah radar dan optik di lokasi yang pernah berlaku banjir mengikut pengalaman 10 tahun. - Gambar fail
Tentera Israel terus mengganas di Jabalia, Rafah
Serangan serentak Israel di Semenanjung Gaza bulan ini telah menyebabkan penghijrahan baharu ratusan ribu rakyat Palestin.
PBB rancang laluan baharu selepas bantuan jeti terhenti di Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) merancang laluan baharu untuk mengagihkan bantuan daripada jeti binaan Amerika Syarikat di Gaza.
Tentera Israel terus mengganas di Jabalia dan Rafah
Tentera Israel menceroboh lebih dalam ke Jabalia di utara Gaza, menyerang sebuah hospital dan memusnahkan kawasan kediaman dengan kereta kebal dan pengeboman udara, pada Selasa.
Berjihad tawarkan kepakaran memasak kepada 31,600 jemaah di tanah suci
Chef Anas Ahmad dari Perlis memilih untuk tinggalkan keluarga dan lupakan bisnes kedai makanan hanya untuk berbakti kepada 31,600 jemaah dengan menawarkan kemahiran memasaknya atas alasan ia adalah satu jihad kerana tiada wang yang banyak untuk diberikan.
Ireland umum iktiraf negara Palestin
Pengumuman itu dijangka akan dibuat serentak dengan beberapa negara anggota Kesatuan Eropah (EU) lain iaitu Sepanyol, Slovenia dan Malta.
Netanyahu sifatkan pendakwaan ICC ke atasnya “keterlaluan”
Ketua Pendakwa Raya ICC didakwa Netanyahu telah mengeluarkan tuduhan berbahaya dan palsu.
PERKESO sasar 552 sekolah sertai ‘MYFuturejobs Career Exploration Programme’
Program ini beri pendedahan dan panduan hala tuju kerjaya kepada pelajar sekolah menengah atas sesuai dengan pasaran kerja semasa.
Ahmad Zahid ajak rakyat Malaysia beri sokongan kepada pasukan sepak takraw negara
Ahmad Zahid ajak orang ramai sokong pasukan sepak takraw negara yang akan menentang Thailand pada perlawanan akhir Piala Dunia Sepak Takraw 2024, hari ini.
Hipertiroidisme penyakit endokrin kedua sering didiagnosis selepas diabetes di Malaysia
Masalah itu boleh dikenal pasti menerusi gejala seperti kegelisahan, penurunan berat badan, tidak tahan panas dan berpeluh secara berlebihan.
Kerajaan serius gubal Dasar Gaji Progresif sektor swasta - PM Anwar
Kerajaan serius gubal Dasar Gaji Progresif melibatkan sektor swasta, selaras dengan penambahbaikan gaji dan elaun penjawat awam, kata PM.
Banjir Perak: Polis sedia kenderaan ambil, hantar pelajar SMK Alor Pongsu
Bantuan itu diberikan kepada 46 pelajar SMK Alor Pongsu yang terkandas susulan jalan dinaiki air dan tidak boleh dilalui kenderaan ringan.
Banjir: Polis, APM sedia pengangkutan hantar pelajar ke sekolah
Ketua Polis Daerah Kerian Supt Juna Yusoff berkata kesemua pelajar terlibat menaiki lori itu dari Masjid Changkat Lobak untuk ke sekolah berkenaan.
Angka korban akibat banjir di Afghanistan cecah 400 orang
Hujan lebat dan banjir di Afghanistan telah menyebabkan sekurang-kurangnya 400 kematian.
Mangsa banjir di Perak menurun pagi ini, 100 mangsa masih di PPS
Lima pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di dua daerah terjejas iaitu empat di Taiping dan satu di Kuala Kangsar.
Angka kematian akibat bencana alam di Brazil meningkat kepada 151
Dalam tempoh 24 jam lepas, bilangan mangsa yang meninggal dunia telah meningkat dari 149 ke 151 orang.
Tiga daerah di Perak dilanda banjir kilat, 150 mangsa dipindah ke enam PPS
Setakat 8 pagi ini, empat PPS dibuka di daerah Taiping, sebuah di daerah Hilir Perak dan sebuah di daerah Kuala Kangsar.
Banjir kilat: 133 mangsa dipindahkan ke dua PPS di Kedah
Semua mangsa yang dipindahkan melibatkan 31 keluarga iaitu di daerah Kulim dan Bandar Baharu dipindahkan sejak jam 4 pagi tadi.
Banjir kilat: 106 mangsa dipindahkan ke lima PPS di Perak
Seramai 106 mangsa dari 33 keluarga telah ditempatkan di lima PPS di tiga daerah iaitu Hilir Perak, Larut Matang Selama dan Kuala Kangsar.
Angka kematian terus meningkat akibat banjir kilat, aliran lahar dingin
Angka kematian akibat hujan lebat yang mencetuskan banjir kilat dan aliran lahar dingin dari gunung berapi aktif Gunung Marapi meningkat kepada 67 orang di beberapa daerah di Sumatera Barat.
Angka kematian akibat bencana alam terburuk di Brazil meningkat kepada 143
Institut Meteorologi Kebangsaan meramalkan hujan lebat akan berterusan sehingga Isnin di negeri paling selatan Brazil itu.